Kategori

Bunda, Jangan Pernah Lakukan 2 Hal Ini Agar Anak Anda Diganggu Jin Ummu Sibyan!!

By On September 29, 2016

Medianda – Sahabat medianda Makhluk halus seperti jin memanglah ada, namun terkadang kita sebagai manusia biasa tidak mengetahui keberadaan makhluk halus tersebut.



Mungkin ada yang pernah dengar nama Ummu Sibyan atau pun tidak sebelum ini. Ummu Sibyan ini adalah merupakan kaum jin dari jantina perempuan yang suka mengganggu bayi dan anak yang berusia kurang dari 2 tahun dan juga wanita mengandung, karena itulah anak-anak yang baru lahir perlu di adzankan terlebih dahulu supaya bayi itu tidak di ikuti oleh jin ini.

Apa kerja jin Ummu Sibyan?

Kerja dia tidak lain tidak bukan adalah Mengganggu bayi yang baru dilahirkan dan anak-anak (biasanya kurang dari 2 tahun) serta wanita yang mengandung.

Jin Ummu Sibyan mempunyai muka yang mengerikan dengan mata yang besar dan berjalan di dinding seperti cicak,Ummu Sibyan juga boleh mengikat rahim wanita dan juga membunuh bayi yang masih dalam kandungan.

Seperti yang di ceritakan dalam kisah “Jin Ummu Shibyan Dengan Nabi Sulaiman”,jin ini berkata ia bisa memasuki dalam rahim orang perempuan dan mengikat rahimnya serta menyumbat dengan tujuan agar kaum itu tidak mengandung.


Diceritakan juga jin ini masuk ke dalam perut orang perempuan yang hamil, di waktu janin di dalam kandungannya sedang membesar jin ini akan menendanggnya, maka berlakulah keguguran dan jadilah rahimnya kosong semua.

Tanda-tanda bayi terkena gangguan jin Ummu Sibyan.

1. Bayi menangis melalak (matanya terbeliak memandang ke atas / sudut tertentu)
2. Anak-anak berjalan yang jatuh seakan-akan ditolak
3. Mengigau sambil mengatip gigi berulang kali.
 4. Demam panas hanya selepas waktu Ashar hingga sebelum Subuh


Kesan dari gangguan di atas akan mengakibatkan.
Sawan Tangis
Autisme (Over Hiperaktif)
Nakal tahap Gaban
Terencat akal
Bebagai kompilasi otak.


Tanda tanda wanita mengandung terkena gangguan jin Ummu Sibyan

1. Rasa sesak dada terutamanya selepas waktu asar, yang mungkin berlarutan hingga tengah malam.
2. Kusut fikiran.
3. Sakit di bahagian tulang-tulang belakang.
4. Mengigau ketika tidur.
5. Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan.


   
Cara Elak Gangguan Ummu Sibyan.

1. Tutup Pintu dan tingkap Rumah Waktu Maghrib
2. jangan angkat atau masukkan baju  yang sudah bermalam diluar rumah (jemuran tidak kering)


Kaedah rawatan pada bayi.

Tiarapkan anak, jangan biarkan matanya melihat ke arah itu, baca ayat Kursi dan 3 Qul lalu tiup ke ubun-ubunnya sampai berhenti menangis.. halaulah dengan bahasa dan bahasa masing masing seperti contoh( Wahai Ummu Sibyan pergilah kau keluar dari rumahku dan jangan ganggu anak-anakku)InsyaAllah Ummu Sibyan akan pergi.

Kaedah rawatan pada wanita mengandung..

Bacakan doa-doa menghindar syaitan termasuk doa menghindar sihir seperti (surah al-Fatihah, ayat Kursi, surah al-Baqarah, surah Ali-Imran dan surah al-Mu’awwizat )pada satu sudu madu asli dan kurma untuk dimakan setiap hari sebelum sarapan.

Boleh juga di bacakan doa doa pada minyak zaitun untuk di sapukan pada bagian dada dahi dan tulang belikat sebelum tidur.

Semoga bermanfaat.









Sumber:Tausiah-pedia.blogspot.com

Next
« Prev Post
Previous
Next Post »
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==